Kita memiliki alasan yang berbeza
Ada seorang kawan aku yang menolak tawaran bosnya untuk dihantar kerja di UK. Oh, gosh! Alasan dia, takut untuk pergi duduk luar negara sorang-sorang. Oh, double gosh!
Aku beritahu dia, minta bos dia hantar aku saja kerja di UK (bermimpilah!). Itulah yang aku mahu (sangat!) ketika ini. Tapi itulah rezeki masing-masing.
Oh, yang aku mahu fokuskan di sini adalah, kenapa kadang-kadang kita ini susah sangat nak menerima alasan orang lain? Dan merasakan alasan kita saja yang betul dan di landasan kebenaran?
Mungkin bukan kita. Tapi aku.