Monatsarchiv für August 2009

 
 

Daisy adalah cinta rahsia

daisy

Aku menonton Korean Movie di petang Ahad. Daisy. Movie sudah lama (tahun 2006), tapi baru sekarang aku menontonnya. Ya, aku bukannya peminat Korean Movie yang tegar. Kadang-kadang saja.

Movie ini sungguh menyentuh perasaan.

Pertama,
Lokasinya adalah di Amsterdam. Tempat yang aku mahu pergi dan sudah pun menjejakkan kaki walaupun hanya untuk tiga hari saja.

Kedua,
Jalan cerita yang sangat menarik dan begitu touching. Penjahat pun ada hati dan perasaan juga. (Malah kadang-kadang lebih romantis).

Ketiga,
Lagu OST yang sungguh syahdu. Daisy by Hey. (sila cari sendiri di utiub okey?)

Keempat,
Adalah sangat menyakitkan apabila kita terpaksa melakukan sesuatu untuk seseorang yang menjadi kesayangan kepada orang yang kita sayang. Err, betul ke ayat aku ini?

Kelima,
Kadang-kadang kita telah meletakkan harapan di tempat yang salah.

Keenam,
Ulang semua di atas.

*Jung Woo-sung, sila hadir dalam mimpi-mimpi aku selepas ini. ;-)

Tiga belas September

Aku baru perasan, tinggal sehari saja lagi muncul bulan September.

Ada janji antara aku dan dia. Untuk bertemu pada 13 September 2009. Hampir setahun menunggu, tarikhnya semakin menghampiri.

Dalam debar-debar.


-->