Lasagna dan jemput-jemput
Kami dinner di Pizza Hut, Boulevard malam itu. Saja mahu cuba pizza baru. Aku order sepinggan seafood lasagna dan menghulur kepada dia untuk mencuba. Pertama kali.
“Eh, lasagna ni rasanya macam jemput-jemput you je?” Dia kata.
“Ha? Merepeklah.” Jawab aku sambil menyuap lasagna ke mulut.
“Betullah. Kalau gitu baik tak payah makan lasagna. Makan jemput-jemput you je pun dah ok.”
Kami gelak. Merepek betul.
