Berteka-teki
Bolehkah percaya apa yang hati kita rasa?
sendiri; kosong;
Bolehkah percaya apa yang hati kita rasa?
Kami sarapan beramai-ramai pagi tadi. Sambil menghirup angin di tepi muara, sambil berborak tentang Yobi yang akan menamatkan zaman single Jumaat nanti. Yobi yang sudah terawangan memikirkan hari bahagianya. Oh atau angol seperti orang Sarawak cakap. Terawangan = angol. Aku harap perbendaharaan aku betul. Haha!
Sehinggalah terbocor satu rahsia. Yang aku kira, Yobi terlalu jujur dengan jawapannya.
“Kamu sembahyang?” Tukang interview perkahwinan bertanya.
“Kadang-kadang.” Jawab Yobi.
Kami gelak.
Aku fikir, jarang sekali kita mahu mengaku keburukan diri sendiri. Makin mahu menunjuk lagi adalah. Kitalah yang solat lima waktu, kitalah yangbersedekah sentiasa. Kitalah yang bertahajud malam. Tapi tidakkah kita sedar, itu semua urusan antara kita dan Tuhan. Tidak perlu heboh-heboh.
Urusan Tuhan. Urusan Allah.
Untuk Yobi, selamat berhijrah ke dunia baru. Jaga isteri baik-baik.