Putih itu mematikan keterujaan
Aku disuruh ke kursus minggu depan. Tapi aku seperti malas mahu pergi walaupun aktivitinya menarik. Alasan aku, kerana perlu pakai t-shirt warna putih.

Kamu mungkin tidak tahu yang aku tidak ada t-shirt warna putih kecuali pemberian orang. Aku tidak suka pakai walaupun aku sangat teruja melihat lelaki yang memakai t-shirt warna putih.
Aku harap alasan aku kukuh.
