Biar langit tetap berwarna biru
Hari ini dua perkara yang membuatkan aku sedikit rasa terhibur.
Pertama, Timbalan Pengarah aku berjenaka ketika di dalam mesyuarat pagi tadi. Kami berbicara tentang bagaimana mahu mengelakkan tikus daripada terus mengigit kabel fiber di blok B. Tiba-tiba dia bersuara,
“Apa kata kalau kita letak gambar kucing di situ?” Satu bilik mesyuarat berketawa.
Kedua, Johnny. Lelaki Kristian yang kadang-kadang blur. Aku SMS dia jam 8.30 malam tadi. Bertanya sama ada dia boleh tolong pick up aku di Pero2 esok ke tidak. Ya, aku tulis Pero2 yang bermaksud Perodua. Johnny telefon aku dan aku suruh dia letak. Biar aku yang telefon. Well, aku kan mahu meminta pertolongan dia?
“Kamu mahu ke Pero-pero di BDC? Di belah mana tu? Yang ada kedai potong tu kan?”
“Ha? Pero-pero mana pulak ni? Perodua la.”
Dia gelak.
“Oh, aku ingatkan Pero-pero tadi. Itu aku dok fikir, di mana Pero-pero itu.”
Aku gelak-gelak. Lemau!
Lega sikit aku. Hidup kalau terlalu memikirkan stress yang melanda, boleh jadi kemabukan.
Dan Benjamin Button sungguh sedap dinikmati berseorangan.