“Makin lama makin teruk jalan ni.” Dia berkata.
“Yelah, mana tak teruk, lori semua asyik lalu lalang di sini.” Kata aku.
“Ini bukan masalah lori lalu di sini. Tapi ia berkait dengan kualiti jalan tu. Kalau jalan tu dibuat dengan bahan-bahan yang elok. Tentu tak rosak macam ni. ” Dia berkata.
“Kita sepatutnya tak salahkan lori, tapi kena cari solution bagaimana nak buat jalan yang berkualiti.” Sambung dia lagi.
Ya, kalau berpeleseran dengan dia, kami banyak bercerita tentang perkara yang serius-serius. Dan ada ketikanya, aku lebih banyak melawakkan perkara serius yang dia keluarkan.