Not dua ringgit ada separuh untuk disimpan
Malam semalam, aku tiba-tiba saja terasa mahu membuka album lama. Dalam album tersebut adalah terselit nota-nota lama yang kawan-kawan aku bagi. Dan antara yang terselit adalah keratan separuh duit RM2 yang seorang kawan aku bagi. Sekali dengan duit separuh tu, ada nota yang ditulisnya.

Nett, walaupun duit ini dah tak bernilai tapi ingat enkhairul kata…’Hadiah diberi bukan untuk kita suka, hadiah diberi untuk kita INGAT siapa yang beri’
- Sekerat lagi aku simpan… Aku appreciate ‘persahabatan’ ko walaupun kita baru ‘kenal’. Belakang gambo agong ada gambo menara kl sebagai kenangan ko pernah tergolek dog kat situ. Hehehhe. 4/12.

Tapi kadang-kadang bila sudah terlalu lama berkawan, kita menjadi lupa untuk menghargai.
