Monatsarchiv für August 2008

 
 

Ranting patah, akan tumbuh yang baru

Dua tiga hari ini, aku berkejar-kejar balik awal dari ofis. Nak entertaint dua orang ex-bos dari Putrajaya untuk berkursus di sini. Kenapa ya, bila di depan mata kita susah nak hargai. Tapi bila dah berpisah dan berjauhan, kita jadi mesra dan belajar memahami.

Aku hanya sempat bawa ex-bos ke beberapa tempat shopping. Kamu faham-faham sajalah - bandaraya ini mula sunyi bila jam tujuh malam. Tapi itu semua tidak menghalang daripada dua orang ex-bos aku ini membawa pulang ke hotel dengan berbondong-bondong beg plastik. Oh, jauhkan aku dari malapetaka ini. Jauhkan. Haha!

Ingat lagi waktu hari terakhir aku di Putrajaya dan ofis meraikan. Aku berpantun dua rangkap.

Tuan Puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Bunga Kenanga di petik nyonya
Untuk hiasan Tuan Puteri
Pergi saya bukan selamanya
Ada jodoh bertemu lagi

Tapi baru satu rangkap aku berpantun, Big Boss aku bertanya,

“U ni berpantun ke apa ni? Laju semacam je.” Haha! Nervous punya pasal hilang semua lenggok pantun.

Malam terakhir aku bersama mereka, berkali-kali ex-boss Satu berkata,

“Nanti kalau dah naik pangkat, kerja balik dengan kami. Duduk bawah seksyen saya semula.” Aku gelak-gelak saja. Apa perasaan aku ya?

Hambar. Aku sudah benar-benar heartless.

Aku namakan semalam adalah,

…hari yang magis.

Sewaktu aku sedang bersiap ke tempat kerja pagi semalam. Aku terpandang perfume itu. Dan terus berkata dalam hati.

“Perfume tu sudah berusia dua tahun. Ini bermaknanya sudah dua tahun juga aku tidak bertemu dengan dia.”

Dan tanpa disangka, petangnya aku menerima SMS daripada dia - terasa mahu balik, mungkin minggu depan. Yey!

Tapi, mungkinkah kami bertemu apabila ada Laut China Selatan yang memisahkan? Uhuks…


-->