Monatsarchiv für May 2008

 
 

Kau pakai handphone zaman bila?

Aku tidak faham betul kenapa orang yang memakai handphone tetapi tidak silent or vibratekan semasa berada di dalam bilik mesyuarat.

Mungkin ;

1. Handphone mereka tidak mempunyai fungsi silent atau vibrate. *Kau pakai handphone zaman bila?*

2. Mereka saja nak tunjuk yang mereka saja yang ada handphone dalam bilik mesyuarat atau dalam dunia ini.

Atau kamu ada lagi jawapan yang lain? Sila tambah. Bolehlah si bodoh-si bodoh itu tahu tentang kebodohan mereka.

Wahai kura-kura, kamu boleh memilih

Tiba-tiba sahaja aku didatangi dengan banyak pilihan. Aku jadi malas untuk memilih.

Ceritanya seperti ini, semasa kura-kura diajak oleh arnab untuk berlumba. Kura-kura ada pilihan.

1. Menolak ajakan arnab untuk berlumba.

2. Terima pelawaan arnab untuk berlumba.

3. Kura-kura mengejutkan arnab sewaktu ternampak arnab sedang tidur bawah pokok sewaktu dalam perlumbaan.

4. Kura-kura membiarkan arnab terus tidur.

5. Kura-kura tidur bersama-sama arnab di bawah pokok.

Kura-kura memandang sekeliling. Dia melihat gajah, kancil, harimau dan singa sudah tidak ada telinga dan suara.

Akhirnya kura-kura pun memilih untuk menerima pelawaan arnab untuk berlumba.

Dan aku hanya berharap, aku boleh menjadi seperti kura-kura. Boleh memilih. Walau tanpa telinga dan suara mereka untuk aku.


-->