Monatsarchiv für July 2007

 
 

Mencipta alasan

Aku jadi geram bila tanggungjawab yang sepatutnya kau buat, tiba-tiba kau serahkan pada aku. Memang kita berkawan, tapi tidak semua benda kau boleh senang-senang menyuruh aku. Lebih-lebih lagi bila kau bagi alasan, nak uruskan keluarga - susah nak keluar - kau kan rajin keluar - ada hal - MALAS!

Eh hello! Kalau kau ada alasan, aku pun ada alasan tau.!

Sabar. Sabar.

Kalau perkara sekecil ini pun, aku tidak boleh bersabar. Apatah lagi perkara yang lebih besar.

Oh ok!

(Tapi bila sudah banyak kali terkena, kesabaran pun boleh menipis. :-) )

Pekerja swasta vs pekerja kerajaan

Petang Khamis yang melewati jam 5.05.

Pekerja kerajaan : “Boleh tak kalau you faxkan pada saya petang ini juga quotation tersebut?”

Pekerja swasta : “Tak dapatlah sebab kami dah nak balik dah ni.”

Pekerja kerajaan : “Oh ye ke? Emmm…takpe la.”

Orang selalu komplen tentang pekerja kerajaan yang selalu balik on time. Dan selalu saja memuji pekerja swasta, yang balik kerja sampai lewat malam. Tapi mungkin keadaan itu sudah berubah. Mungkin!


-->