Ada masanya kita selalu meminta lebih daripada apa yang kita dapat.
Â
sendiri; kosong;
Mei 2006, KLIA.Â
Aku senyum apabila ternampak bayang kereta dia. Segera mengangkat beg roda dan menghampirinya.
Dia keluar daripada kereta. Membuka bonet sambil menghulur tangan mencapai beg rodaku.
“Sorrylah, lambat sikit.” Dia bersuara. Aku senyum sambil memandang dia. Tidak sangka pandangan kami bersatu. Tiba-tiba saja dada aku berdebar kencang. Hampir setahun tidak bertemu membuat aku merasa kelainan di wajahnya yang menggetarkan jiwa.
Aku cuba berlagak selamba dan mengawal perasaan agar tidak kelihatan olehnya. Dan berharap sangat dia tidak perasankan darah yang mengalir panas ke pipiku.
Gosh!
Aku tidak mahu memikirkan tentang apa yang bertiup dan meribut dalam jiwa secara tiba-tiba. Yang aku tahu hati aku menjadi berbunga-bunga.
Let it be. Let it be.