Surat untuk kamu yang jauh
Kamu yang jauh,
Semalam mungkin saja hari yang malang untukku. Namun mungkin juga hari yang baik kerana semalam telah menyedarkan aku. Menyedarkan aku bahawa di dalam dunia ini kepercayaan kita boleh saja dihenyak-henyak. Walau oleh orang yang kita sanjung kebaikannya.
Aku simpan pengajaran semalam. Untuk hari esok. Walau esok tiada lagi kepercayaan. Dan semalam telah menjadikan hati aku benar-benar tawar.
Kamu yang jauh,
Sekiranya kamu di sini, adakah kamu juga akan membuang kepercayaan ini?