Monatsarchiv für December 2006

 
 

Pengumpul setem alaf baru

“Kau nak buat apa dengan kotak ni?” Aku tanya dia sewaktu dia mencapai sebuah kotak yang berpetak-petak kecil. Aku membaca papan tanda. Kotak yang mahu dibelinya itu adalah untuk menyimpan mata kail.

“Aku nak buat simpan setem. Biar tersusun je setem aku ni nanti.” Ketawa aku pecah. Dia memang melucukan dari saat pertama kali kami bertemu.

“Kau gelakkan aku ye? Takpe, takpe.”

“Kau ni kelakar. Zaman sekarang mana ada lagi orang nak kumpul2 setem ni.”

“Okey, takpe. Takpe. Karang kalau aku dah kaya raya dengan setem ni, aku akan lupakan kau.”

“Hahahah.”

“Nanti kau tolong aku ya?”

“Tolong apa? Ambui, tadi kata nak lupakan aku bila dah kaya?”

“Tolong aku kumpul setem. Kau suruhlah kawan-kawan kau yang lain carikan sekali. Ya?”

“Hahahhaha! Tak kuasa aku!”

Ayat-ayat cinta

Aku mengambil masa hampir dua bulan untuk menghabiskannya. Antara yang paling lama pernah aku cipta. Novel ini pada mulanya agak mendatar dan membuat aku sedikit kebosanan. Dan cuti dua hari baru-baru ini telah membolehkan aku menghabiskannya.

Dan oh, sungguh! Sungguh novel ini lain daripada yang pernah aku baca. Tidak rugi membeli dan membacanya. ;-)


-->